Politik Sabah Kalakau Untol

Politik di Sabah agak berbeza kerana lompat parti telah menjadi satu budaya. Kerajaan negeri Sabah pernah dua kali keluar Barisan Nasional iaitu semasa parti USNO dan semasa parti PBS 1986.

Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.

Pada 1976, kerajaan BN tumbang apabila Datuk Salleh Sulung dan Datuk Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu. Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985. Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak.

Kalakau Untol berpendapat kerajaan sekarang perlu tranformasi dan reformasi. Antaranya sistem kehakiman, sistem pendidikan, isu pendatang asing (PATI) mudah dapat Mykad, rasuah dan agihan ekonomi. 550 hari sejak PRU12 pelbagai perkara terbongkar. Antaranya isu PKFZ, kematian Teoh Beng Hock, 'Democrazy' Menteri Besar Perak, kes V.K. Lingam dan lain-lain.

Perjanjian Malaysia perlu ditunaikan. Skim perjawatan di Sabah dan Sarawak hendaklah berteraskan Borneonisasi. Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam 2009 setuju menyemak semula kepentingan negeri Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak tahun 1963.

Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan pernah keluar daripada Barisan Nasional dan menumbangkan parti Berjaya . Majoriti Kadazan Dusun diwakili oleh parti PBS, UPKO dan PBRS. Masyarakat Bumiputera Islam kebanyakannya teguh dengan UMNO.

Formula penggiliran Ketua Menteri Sabah berjaya menyelesaikan masalah politik di Sabah. Formula ini telah memecah dan membelah-bahagikan politik masyarakat Kadazan-Dusun. Kini mereka menunggu-nunggu 'countdown' PRU13.[3]


Berkaitan